Assalamualaikum w.b.t
Gua penat sangat.Kelas tambahan ADD MATH hari ni membuat kan saraf kecergasan gua mula lumpuh.Lepas ni ada latihan rumah sukan pula.Gua memerlukan situasi yang bernas untuk mengatasi masaalah ini.
Gua tamahu balik jalan kaki.Terus gua tepuk bahu Rusyaidi.Setelah memberi rasuah kata-kata dengan ucapan berbaur ugutan dan dendam-dendam,Rusyaidi akhir nya bersetuju untuk menghantar gua ke rumah.
Rusyaidi start enjin motor.Gua bonceng di belakang.
Rusyaidi tekan gear 1.Gua duduk diam.
Rusyaidi press motor perlahan-lahan.Takda langsung rasa angin yang menerjah muka gua ketika menaiki motor itu.Gua buat bodoh.Malas nak bersuara.Penat.
Jalan kosong takda kereta,suasana adalah selamat untuk membawa sedikit laju motosikal itu,kenapa kena bawa macam internet.?Lembab.
Sampai aja depan rumah gua,gua menghembus nafas lega.Belum sempat gua mahu mengucap kan terima kasih,Rusyaidi berkata sesuatu ;
"Mirul.Aku ingat,aku nak masuk lumba motor Grand Prix ah."
Gua pitam.
Budak baik masuk neraka.
2 beberapa hari yang lalu
